Program yang berkaitan dengan multimedia super corridor msc
Sebaliknya, CNNI kata Pua, akan ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara sehingga ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan amat buruk kepada ekonomi dan imej negara, termasuk kepada pertahanan dan keamanan negara atau keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam '.
Menurut beliau lagi, CPB akan membantutkan hak dan pengetahuan pakar perkomputeran dengan memaksa mereka mendaftar diri dengan CNII. Kementerian itu dalam satu kenyataan 9 Disember lalu menyatakan CPB tidak bermatlamat untuk menyekat atau mengawal atur perkhidmatan perkomputeran dan ia cuma terhad kepada CNII. Bagaimana pun, Pua berkata, CPB bakal memberi kerosakan buruk yang berleluasa kerana wujudnya elemen memaksa melalui pendaftaran.
DAP menentang CPB atas prinsip bahawa kejuruteraan perisian secara asas memerlukan kebebasan, kepintaran dan kreativiti yang tidak semestinya boleh diperolehi daripada mereka yang mempunyai ijazah.
Kini Morning Brief. Makmal Berita. Laporan Khas. Pertembungan tersebut dapat dicamkan melalui beberapa fasa utama. Misalnya, pertembungan terawal ialah dengan kedatangan orang Portugis ke alam Melayu, yang bermula di Selat Melaka dan berakhir dengan tragedi kejatuhan keseluruhan jajahan Melaka ke tangan "Benggali Putih. Begitu juga halnya dengan Belanda yang menduduki Melaka selepas Portugis. Pengaruh Belanda ke atas budaya fikir Melayu hampir tidak kelihatan langsung. Bagaimanapun pengganti Belanda di Melaka dan jajahan Semenanjung Melayu, iaitu British meninggalkan kesan yang agak berbeza sekali berbanding dengan penjajah Eropah terawal yang lain.
Banyak sebab telah dikemukakan bagi menjelaskan mengapa hal tersebut berlaku. Kebanyakan orang cenderung memberi alasan bahawa British telah menguasai politik dan ekonomi Tanah Melayu hampir lebih tahun semenjak abad ke hingga pertengahan abad ke Oleh itu mengikut pendapat tersebut tidak hairanlah sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir tempatan.
Walau pun terdapat sedikit kebenaran di sini, namun kita akan lihat nanti bahawa dalam sejarah pembentukan budaya fikir tradisional, didapati peranan dan pengaruh Inggeris langsung tidak kelihatan. Hanya pada abad ke barulah budaya fikir Inggeris kelihatan memberi sedikit kesan ke atas minda Melayu.
Lagi pun penguasaan politik yang sekian lama sahaja belum cukup untuk mendatangkan kesan kepada tradisi dan budaya fikir setempat. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu.
Ketika orang british menjejakkan kaki di Nusantara Melayu, beberapa perubahan penting berlaku yang menentukan arus perjalanan sejarah intelektual British, khususnya, dan Eropah amnya. Kepulauan British merupakan satu-satu tempat yang menjadi pusat dan punca revolusi ilmiah, yang di kenali sebagai revolusi saintifik.
Revolusi ini pada awalnya diasaskan pada tulisan dan pemikiran tokoh-tokoh antaranya seperti Francis Bacon , Thomas Hobbes , Robert Hooke John Ray , John Locke , Issac Newton dan David Hume Revolusi mental tersebut merubah keseluruhan budaya fikir barat, dari kaedah mencari ilmu, punca ilmu dan matlamat ilmu hingga ke persepsi terhadap asal usul manusia dan alam.
Proses perubahan ini berlangsung dan dimantapkan lagi pada abad ke Perubahan yang ketara pada budaya fikir ketika itu ialah penghayatan positifisme dan materialisme sebagai teras falsafah dan metafizik sains. Perubahan ini pula membuka jalan bagi pemupukan logik simbolik sintaktik dan emperisme logikal.
Kesemua itu seolah-olah bagi menyediakan tapak kemunculan epistemologi Turing epistemologi komputer. Epistemologi ini berakar umbi dari pemikiran tokoh ilmiah dan matematik Inggeris seperti Alan Turing , Charles Babbage dan juga George Boole Epistemologi Turing merupakan teras kepada epistemologi Teknologi Maklumat abad ke Pemikiran yang diasaskan oleh tokok-tokoh Inggeris yang tersebut tadi menguasai budaya fikir Inggeris. Sehinggakan tidak adamereka yang terpelajar dan cendekiawan semasa Inggeris yang tidak dipengaruhi sedikit sebanyak oleh tradisi pemikiran tersebut.
Manakala penghantaran para pegawai kolonialisme yang terlatih dan terpelajar semakin bertambah berbanding dengan jumlah pegawai tentera. Para pengkaji ilmiah seperti AR Wallace yang bertanggungjawab bersama-sama C.
Darwin mencetuskan faham dan "teori evolusi" merupakan antara ribuan pegawai kolonialisme ilmiah yang turut datang ke rantau ini. Di samping itu masyarakat Melayu mula dikaji secara saintifik: dari rangka sosial hingga ke rangka tenggorak mereka.
Dalam masa yang sama, Masyarakat Melayu mula dikawal secara saintifik sebagaimana alam tabii di kawal oleh orang british melalui kaedah saintifik.
Perubahan dalam falsafah sosial, misalnya falsafah liberal yang dipopularkan oleh Jeremy Bentham , pengasas Universiti London Universiti London merupakan salah satu model rujukan utama dalam merangka struktur Universiti Malaya , mempengaruhi agenda sosial dan doktrin politik abad ke British. Walau pun pada mulanya kesan doktrin liberal tersebut hanya berlegar sekitar kepulauan British, tetapi sedikit demi sedikit ianya turut mempengaruhi corak politik di tanah jajahan.
Di Semenanjung Tanah Melayu, perubahan ini dapat dikesan apabila sekolah-sekolah kolonial mula dibuka kepada anak-anak tempatan. Hal ini menjadi lebih ketara pada akhir abad ke dan awal ke apabila sistem pendidikan, perubatan dan saintifik terus diperluas kepada orang Melayu. Perubahan inilah yang jelas menyumbang serta merupakan antara punca yang membawa kesan ketara dalam pertembungan budaya fikir Melayu dengan Inggeris. Mengenang kembali perubahan yang telah berlaku dalam pembentukan Weltanschauung umat Melayu, kita dapati budaya fikir sekularis tidak berjaya mempengaruhi kosmologi tradisional Melayu.
Namun bermula pada awal abad ke konsep sains dan falsafah moden telah semakin mendapat tempat dalam kerangka pemikiran Melayu. Sekurang-kurang hal ini berlaku dikalangan segelintir kelompok elitis Melayu yang kemudiannya menguasai arus politik dan ekonomi negara.
Kita boleh menjangkakan bahawa dikalangan mereka inilah biasanya konsep sains dan falsafah moden mendapat tempat yang paling istemewa. Di kalangan mereka juga mudah berlaku keadaan dimana konsep sains dan kosmologi sekular moden telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi tradisional Melayu lama? Apa yang dapat diperhatikan setakat ini secara umum ialah belum ada bukti-bukti yang jelas bahawa penggantian seumpama itu berlaku secara menyeluruh.
Mungkin apa yang berlaku adalah terhad dikalangan individu tertentu dalam sesuatu kumpulan elitis atau strata masyarakat terpelajar Melayu. Penggunaan bomor atau sihir dalam kebanyakan urusan sekular oleh kalangan mereka yang dianggap terpelajar dan modenis mungkin merupakan satu petanda bahawa sistem pemikiran dan kepercayaan Melayu tradisional masih utuh.
Hal ini adalah benar dalam soal pertembungan pemikiran Melayu dengan konsep-konsep sains pra pasca-moden. Pemikiran tradisonal Melayu dapat bertahan atau sekurang-kurang wujud dalam keadaan dualisme disamping pemikiran sains moden dalam budaya fikir Melayu semasa.
Tetapi tidak semestinya pengalaman yang sama akan berulang dalam konteks cabaran pasca-moden seperti yang dikemukakan oleh Teknologi Maklumat TM dan epistemologi perkomputeran kepada sistem pemikiran tradisional. Cabaran yang dikemukakan oleh TM dan epistemologi perkomputeran adalah jelas berbeza daripada sains pra pasca-moden. Maka, persoalannya yang penting ialah sama ada sistem pemikiran dan semiotik Melayu tradisional akan terus memperlihatkan ketahanannya dalam menghadapi cabaran TM dan epistemologi digital pada alaf akan datang.
Namun, bagi para pemerhati luar, minda Melayu semasa seolah-olah berpaksi kepada dua pola pemikiran yang ekstrem: i rasionalis dan ii tradisionalis. Mereka yang tergolong dalam kelompok i biasanya tinggal di bandar-bandar besar, menjawat jawatan tinggi dalam politik, pentadbiran atau perniagaan. Manakala mereka yang terdiri daripada kelompok ii biasanya tinggal di pinggiran bandar, kampung dan kawasan pendalaman sebagai buruh kasar, petani dan nelayan. Pemikiran rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme, empirisme, materialisme, kuantitatif dan logik tertib Aristotelian.
Pemikiran saintifik adalah salah satu terbitan pemikiran rasionalis. Orang Melayu rasionalis sangat mementingkan nasib dan kedudukan dunia berbanding dengan isu-isu yang berkaitan dengan alam akhirat. Mereka biasanya mengukur kejayaan dari segi kedudukan pendidikan sekular, jawatan yang disandang dan harta benda. Ijazah dari Cambridge atau Harvard, kereta mewah, rumah banglo, akaun bank di dalam dan di luar negeri adalah ukuran penting yang menentukan martabat seseorang itu dalam kelompok i.
Pemikiran tradisional cenderung kepada pemikiran magis, simbolisme, metafizis, kualitatif dan logik bebas tertib yang kabur. Pandangan alam mereka tidak banyak berbeza daripada apa yang telah digariskan dalam Kitab Jawi lama. Orang Melayu tradisional pula sangat mementingkan alam akhirat atau sekurang-kurangnya menganggap soal alam akhirat sebagai sama penting dengan soal dunia.
Ijazah dari Al-Azhar atau Mahaad, hafiz Al-Quraan, warak dan alim menentukan martabat seseorang itu dalam kelompok ini. Namun begitu dalam perbincangan yang lepas kita perhatikan bahawa wujud paradoks dan keanehan dalam sejarah perkembangan pemikiran Melayu. Misalnya, di dapati di kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok i tetapi dalam masa yang sama mengunjungi para pengamal ilmu mistik dan sihir.
Telah tersiar dalam akhbar tempatan mengenai tokoh-tokoh politik, yang berpendidikan barat, menggunakan khidmat para pengamal sihir. Jelas para pengamal ilmu mistik dan sihir tergolong dalam kelompok ii. Begitu juga wujud keadaan di mana mereka yang berada dalam kelompok ii berkhidmat atau mendukung cita-cita mereka dari faham ii. Oleh demikian terdapat semacam bentuk interaksi antara dua kelompok dalam konteks yang agak aneh bagi para pemerhati luar.
Di samping itu fenomena tersebut memperlihatkan bahawa pandangan rasionalis dan sekular yang wujud pada kelompok i tidaklah setulen yang disangka. Begitu juga bagi mereka dari kalangan kelompok ii , faham dan pandangan mereka tidak sedalam yang disangkakan. Sekiranya kita ingin merangkumkan fenomena tersebut di bawah istilah yang mengambil kira ciri i dan ii ; mungkin kita boleh rujuk pegangan puak yang awal tadi sebagai faham iii pesudorasionalis, dan puak yang terkemudian pula sebagai faham iv pseudotradisionalis.
Kebangkitan faham Islam pada pertengahan tahun an, yang didukung oleh gerakan ilmiah dan sosial Islam daripada kalangan mereka berpendidikan barat dan sekular merupakan satu lagi paradoks dalam sejarah budaya fikir Melayu, terutamanya bagi pemerhati luar. Tertubuhnya badan ilmiah seperti Akademi Sains Islam ASASI yang mendukung cita-cita "mengislamkan" ilmu sains dan profesional moden oleh para saintis dan profesional Melayu berpendidikan barat memang sukar dimengerti oleh kebanyakan para pemerhati sosial barat.
Namun hakikatnya ialah pergerakan seperti itu di dokong oleh para pemuda yang rata-rata berpendidikan sekular, dan tidak kurang juga antara mereka datang dari keluarga yang berada dalam kelompok i. Hakikat ini merupakan fenomena yang masih tidak mudah untuk dijelaskan sebegitu sahaja. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti perkembangan budaya fikir Melayu dan faham-faham yang telah terbentuk dalam akhir abad ini.
Penelitian ini adalah penting kerana evolusi pemikiran Melayu semasa ada kaitannya dengan pergolakan yang wujud jauh dalam sejarah sosiointelektual Melayu.
Bahkan boleh di katakan bahawa bentuk-betuk pemikiran yang wujud kini adalah manifestasi dan kesan daripada pergolakan masa-masa yang baru berlalu.
Kerangka pemikiran Melayu telah mengalami proses pembaratan melalui pendedahan kepada konsep sains dan falsafah moden semenjak zaman kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses pembudayaan tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-Merdeka.
Program tersebut telah berjaya melahirkan satu masyarakat Melayu yang mempunyai budaya fikir sains. Di kalangan mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains dan kosmologi sekular moden seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi tradisional. Nilai-nilai asas, estetik, sosial dan juga kepercayaan Melayu lama digantikan dengan kosmologi dan semiotik sains moden.
Dari kelompok ini juga timbul satu faham baru yang kini lebih dikenali sebagai Mahathirisme. Satu faham yang menjadi subur dikalangan orang Melayu kelas menengah dan atasan pada tahun-tahun 80an dan 90an. Walaupun kita cenderung untuk membahagikan minda Melayu sebagai berpaksi kepada dua polar pemikiran yang ekstreme: i rasionalis dan ii tradisionalis. Mereka yang tergolong dalam kelompok i biasanya adalah dari kalangan kelompok kelas menengah dan atasan, berpendikan moden ala barat.
Manakala mereka yang terdiri daripada kelompok ii ialah daripada kalangan kelas buruh, petani dan nelayan atau berpendidikan tradisional.
Pemikiran rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme, empirisme dan materialisme. Pemikiran rasionalis cenderung kepada pemikiran saintifik, kuantitatif dan logik tertib Aristotelian. Manakala, pemikiran tradisional cenderung kepada pemikiran magis, metafizis dan logik bebas tertib yang kabur. Pandangan alam mereka pada asasnya masih memelihara Weltanschauung Kitab Jawi. Namun begitu kita telah perhatikan bahawa gambaran sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan.
Kita dapati wujud paradoks dan kontradiksi dalam sejarah perkembangan pemikiran Melayu. Misalnya, di kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok i , masih lagi berluluasa kepercayaan terhadap ilmu mistik dan sihir.
Kita dapati tokoh-tokoh politik, terutamanya, walaupun yang berpendidikan barat, bermain sihir. Kita tidak hairan sekiranya ilmu mistik dan sihir berluluasa di kalangan kelompok ii.
Sebaliknya yang kita dapati ialah sering sekali mereka yang berada dalam kelompok ii berkhidmat dan mendokong cita-cita keduniaan material mereka dari faham kelompok ii.
Oleh demikian terdapat semacam bentuk interkasi atau kekaburan antara dua alam fikir yang dianggap sebagai terpisah, dalam konteks yang agak aneh. Senario yang kompleks ini terserlah pada tahun- tahun an, dengan kebangkitan faham Islam rasionalis di kalangan pemuda terpelajar Melayu dan penubuhan badan ilmiah seperti Akademi Sains Islam ASASI. Antara manifestasi tersebut ialah dalam bentuk ilmiah dan usaha "islamisasi" ilmu sains oleh para profesional Melayu berpendidikan barat dan sekular.
Hal tersebut jelas merupakan paradoks dalam sejarah budaya fikir Melayu. Penubuhan pergerakan sosial Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM juga yang di dokong oleh para pemuda yang rata-rata berpendidikan sekular, dan datang dari kelompok i merupakan satu lagi fenomena yang tidak mudah untuk dijelaskan dengan begitu sahaja, terutamanya dalam konteks model-model analisis sosial yang sedia ada.
Namun begitu beberapa teras faham moden yang timbul dalam kelompok i seperti Mahathirisme lebih mudah difahami. Mahathirisme, misalnya, telah mengujudkan keadaan di mana penyuburan pemikiran digital dan orang Turing Melayu suatu kemungkinan yang amat mudah diujudkan. Kontrakdiksi dalam budaya fikir Melayu yang digambarkan tadi tidak menjadi masalah besar dalam konteks kerangka faham moden seperti Mahathirisme.
Bahkan peluburan kontradiksi seperti itu dapat dicapai dengan efisien dalam alam fikir maya yang beteraskan konsep digitalisasi. Dalam alam maya, hakikat, realiti, impian, dan kebenaran, misalnya, tidak terpisah. Dalam dunia maya, harimau belang boleh bertukar menjadi manusia hitam dan yang hitam boleh diputihkan dengan sekelip mata. Tegasnya, yang hitam tidak semestinya hitam selama-lamanya dan yang putih tidak semestinya hakikatnya putih.
Dalam alam maya dunia mistik dan khayalan dengan dunia objektiviti, empiris dan fizis sains seolah-olah wujud secara harmoni dalam dunia alam maya dan digital perkomputeran.
Dalam alam maya dan dunia digital perkomputeran, Mahathirisme mendapati kerangka fikir yang amat serasi, dan bahkan mampu mengukuhkan teras ideologi dan fahamnya. Kerana itulah migrasi kepada pemikiran digital boleh dianggap satu langkah yang hampir mesti. Ditambah pula dengan faktor luaran yang berkebetulan pula menjadikan pemikiran digital dan komputasi sebagai arus perdana dunia semasa. Ditambah pula juga dengan manifestasi teknologi dan material, dengan bantuan pengiklanan "hype" yang agresif mempromosikan teknologi digital dan perkomputeran sebagai teknologi dan wahana kemajuan alaf baru berjaya menambat hati sebahagian besar orang Melayu.
Namun, Mahathirisme tetap boleh dikatakan sebagai bertangungjawab menyediakan dan mengujudkan keadaan di mana kemungkinan bagi menyuburkan pemikiran digital di kalangan orang Melayu lebih mudah. Tegasnya, dalam kerangka Mahathirisme mengujudnya "orang Turing Melayu" yang setanding dengan orang Turing Barat bukanlah suatu yang payah sangat. Mahathirisme seolah-olah memaksa orang Melayu membuat pilihan sama ada pemikiran Melayu tradisional masih lagi relevan dalam dunia pasca sains.
Penubuhan Institut Sistem Mikroelektronik yang lebih dikenali dengan singkatan, MIMOS, terarah kepada mempromosikan dan menyediakan negara bagi melayari lebuhraya informasi serta menunggani arus teknologi maklumat. Kepentingan sebenar terletak kepada siapa dan jenis Melayu yang terpilih menerajuinya. Hal ini betambah jelas apabila kita menoleh ke arah Tengku Mohd.
Tengku panggilan mesra yang lebih beliau senangi , merupakan seorang anak Melayu yang terdidik dalam bidang sains dan kejuruteraan. Beliau merupakan pakar sains jurutera yang unik kerana turut menguasai bidang yang biasanya amat asing dengan bidang kepakaran kejuruteraan elektronik, iaitu bidang falsafah ilmu, epistemologi Islam dan falsafah sains.
Jelas, Tengku merupakan antara anak didik pasca Merdeka, yang dihantar ke United Kingdom melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi.
Sekembali ke Malaysia, beliau bertugas pensyarah, dan kemudiannya sebagai Dekan, di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Kejayaan beliau tersebut jelas mendapat perhatian dari luar kampus Universiti Malaya. Sudah menjadi kebiasaan ketika itu, apabila Mahathir merangka pelan tindakan untuk membawa Malaysia ke arah menceburi industri berat, beliau menoleh ke arah Universiti sebagai sumber tenaga mahir, terutamanya Universiti Malaya.
Terdapat dua-tiga versi tentang siapa sebenarnya yang mengajukan nama beliau kepada Mahathir, dan kenapa beliau terpilih daripada antara calon-calon lain, namun hal tersebut tidaklah begitu penting berbanding dengan hakikat bahawa pencalonan beliau dipersetujui oleh Mahathir.
Pemilihan penumpuan Mahathir kepada mikroelektronik pada awalnya adalah semata-mata dalam konteks kerangka program perindustrian semasa. Bahkan mikroelektronik ketika itu masih di lihat tidak lebih sebagai sebahagian daripada sektor industri perkakasan elektronik. Bahkan ketika itu Malaysia baru sahaja ingin melangkah kepada era industri berat, berbanding dengan Amerika dan Eropah yang mula bersedia melangkah kepada era pasca industri.
Juga dalam awal tahun an, konsep pemetaan teknologi Technology Mapping dan kaedah pencaman masadepan teknologi Technology Foresight merupakan suatu yang amat asing di Malaysia. Idea komputer peribadi, e-mel atau lebuhraya maklumat rata-rata tidak kedengaran, melainkan dikalangan beberapa elitis ilmuwan terpencil. Mahathir merupakan antara generasi anak tempatan yang terawal melalui pendidikan sains kolonial.
Ketika beliau graduan dari Kolej Perubatan kolonial di Singapura, beliau seolah-olah merupakan spesis mutasi yang asing dari kalangan anak tempatan.
Pandangan alam yang beliau anuti sebagai graduan doktor kolonial amat asing dengan gelombang budaya fikir utama dalam masyarakat ketika itu. Oleh itu beliau boleh dianggap sebagai lambang serta contoh par excellence bagaimana pandangan alam anak tempatan telah berjaya dirobah melalui pendidikan formal sains kolonial. Tengku kembali ketika suasana ilmiah agak mula subur khususnya gelombang intelektual alternatif dan kritikal yang mempersoalkan budaya intelektual barat semata-mata.
Tuntutan kepada pandangan yang lebih luas dalam pelbagai bidang dan pandangan alternatif tentang sains dan teknologi barat di institusikan di Universiti Malaya.
Hal ini kelihatan dalam kursus sejarah dan falsafah sains yang di perkenalkan di Fakulti Sains. Tengku merupakan antara mereka yang diminta memikul tugas pengisiannya. Hal-hal yang disebutkan sebentar tadi mempunyai kaitan rapat dengan corak dan usaha pengintitusian pendigitalan minda Melayu.
Jelas, pelbagai jenis gelombang luaran menghempas dan sentiasa memaksa perubahan dalam dunia semasa. Jolokan gelombang semasa dikenali dengan gelombang ketiga Tofler, iaitu tentang lendakan informasi maklumat sintaktik yang meminggirkan peranan maklumat klasik maklumat semantik serta mrenghakis kerangka dan struktur yang menampung maklumat semantik tradisional.
Namun, sayangnya, masih lagi ramai yang tidak mampu memahami implikasi intelektual dan kebudayaan di sebalik fenomena tersebut. Kebanyakan antara mereka yang faham pula hanya mampu melihat perubahan itu daripada sudut sosio-ekonomi atau teknologi semata-mata, dan mereka tidak mampu melihat apatah lagi memahami dampak tersebut daripada dimensi epistemologikal yang lebih tinggi dan menyeluruh.
Tengku adalah segelintir kecil cendekiawan yang memahami kesemua itu, bukan sahaja dari sudut techne semata-mata tetapi juga dari sudut episteme. Tengku memahami bahawa lendakan arus tersebut bukan sahaja akan merubah setiap sektor sosio-ekonomi tradisional secara menyeluruh, bahkan juga Weltanschauung tradisional orang Melayu.
Keupayaan menanggani sebarang perubahan seperti itu hanya mungkin apabila kerangka pemikiran berupaya disediakan untuk melayari arus tersebut. Kesediaan seperti itu harus berlaku pada setiap kategori komuniti, dari puak peniaga kepada puak pentadbir dan pendidik.
Bahkan mereka yang bertani dan berkebun juga harus disediakan menghadapi arus tersebut. Penyediaan kerangka fikir dan merubah paradigma masyarakat untuk menghadapi arus tersebut merupakan usaha yang besar dan harus dilakukan mengikut langkah-langkah yang tersusun.
Usaha menyeluruh seperti itu jelas harus diinstitusikan.
0コメント